Showing posts with label edu::info story. Show all posts
Showing posts with label edu::info story. Show all posts
Salam
sekali lagi aku msh blur untuk memuatkan sesuatu dalam blog aku ni..well wanna share this info wif u
Transformernisme
Semalam aku telah mengikuti satu manic yg tgh panas skang ni..transformers..sebelum ni bkn aku tak ikuti tp aku jarang tgk movie diwaktu puncak n diawal pelancaran sb tak suka ngn crowd yg terlampau..tp disebabkan olh seorg kawan baik..aku n beberapa kwn turutkan jugak la..mencuba utk dptkan tiket pun dh menggambarkan ke'chaos'an yg bkl dtimpa.n at last dpt gak la tiket utk km semua.tup2 the worst thing jd.kawan aku tiba2 membatalkan rancangan..kelamkabutla kami yg lain nk cr org utk gatikan tiket die..agak pissed off aku..azri dh down abs dah..tp km rempuh gak.ngn bengan ngn mr sunny seme jd cmpur aduk..tp berjaya gak km tgk cerita tu ngn jayanya kecuali azri yg asyik pejam celik-pejam celik.. haha..well sinopsis nyer..ok la cerita tu..n tak rugi beli tiket n penat jerih selama mencari tiket..
Kematian Mikael a.k.a Jacko
-::petikan dari kosmo 27 jun 09::-

Glamor dan derita legenda muzik

BAKAT, impian dan misteri hidupnya membuatkan dia diangkat sebagai legenda. Sayangnya, Michael Jackson meninggal dunia pada usia muda – 50 tahun di Los Angeles, Amerika Syarikat.



BELIAU menderita sepanjang hayatnya biarpun diri dipuja jutaan peminat. Salutan kemilau glamor juga belum dapat membuatkan hidupnya gembira.
Raja Pop Dunia, Michael Jackson, 50, yang meninggal dunia di UCLA Medical Center, Los Angeles, Amerika Syarikat, kelmarin, sebenarnya memiliki sejarah yang suram dari segi kesihatannya.
Tanpa mengira masalah kesihatan dalaman atau psikologikal yang dialaminya selepas menjadi ikon terkenal sejak zaman kanak-kanak, Michael pada usia muda lagi telah mengalami tragedi yang menyebabkan tahap kesihatannya menurun.
Pada tahun 1984, ketika berusia 25 tahun, Michael terbabit dalam satu kebakaran ketika sedang menyanyi pada sesi rakaman iklan untuk Pepsi-Cola, apabila berlaku kesilapan teknik terhadap bom asap yang digunakan sebagai kesan khas dalam iklan tersebut.
Beliau terpaksa menjalani pembedahan pada bahagian kulit kepalanya. Akibatnya, beliau mengalami ketagihan terhadap pil penahan sakit yang terpaksa diambilnya berikutan tragedi itu.

RAJA Pop yang tidak akan hilang daripada memori peminatnya.


Pada era 1980-an, Michael juga dilaporkan mengalami kesakitan akibat penyakit lupus (SLE) yang berpunca daripada sistem pertahanan tubuh yang abnormal. Bagaimanapun, kesakitan yang dialaminya itu beransur reda.
Pada masa yang sama, Michael menjalani beberapa pembedahan plastik yang termasuklah pembedahan pada bahagian hidung iaitu rinoplasti dan implan pada bahagian pipinya.
Pada tahun 1993, pakar kulit Michael, Dr. Arnold Klein mengesahkan Michael telah didiagnosis menghidap penyakit kulit yang jarang menyerang manusia, dikenali sebagai vitiligo.
Vitiligo menyebabkan individu yang mengidapnya mengalami kehilangan melanin, iaitu pigmen yang menentukan warna kulit, rambut dan mata.
Penyakit ini hanya menyerang satu hingga dua peratus daripada populasi dunia dan setakat ini dunia perubatan belum mengetahui apakah puncanya.

MICHAEL mula disaluti glamor sejak kanak-kanak lagi.


Pada tahun 1990, Michael dimasukkan ke hospital selepas mengalami kesakitan pada bahagian dada. Masalah ini berlanjutan selama tiga tahun hinggakan konsertnya yang dijadualkan pada Ogos 1993 terpaksa ditunda selepas beliau mengalami dehidrasi.
Konsert tersebut akhirnya berlangsung pada November 1993 tetapi terpaksa dipendekkan kerana Michael mengalami ketagihan terhadap pil tahan sakit serta terbabit dengan kes mahkamah atas tuduhan mencabul kanak-kanak.
Ketika menjalani latihan di Beacon Theater di New York pada Disember 1995, Michael pengsan di atas pentas kerana mengalami dehidrasi dan tekanan darah rendah.

GEROMBOLAN peminat dan media berkumpul di perkarangan UCLA Medical Center sebaik sahaja mengetahui kematian Michael.


Ketika para juri sedang berdebat mengenai kes yang mendakwanya atas tuduhan mencabul kanak-kanak pada Jun 2005, Michael dimasukkan hospital bagi mendapat rawatan. Menurut jurucakapnya, ia bagi menghilangkan kesakitan pada bahagian belakangnya.
Spekulasi hangat diperkatakan pada Disember tahun lalu selepas Michael dilaporkan sakit disebabkan kekurangan Alpha-1 antitripsin, iaitu penyakit berkaitan genetik yang jarang menyerang manusia.
Ia membawa kepada spekulasi lebih hangat apabila pada Mei tahun ini, Michael dikatakan menghidap kanser kulit.
Namun, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AEG Live, Randy Phillips, memberitahu CNN: "Michael Jackson sangat sihat sekarang. Dia tiada sebarang masalah berkait kesihatannya."
Bagaimanapun, kelmarin (Khamis di AS), ketika berusia 50 tahun, Michael pengsan di rumah yang disewanya di Holmby Hills, lalu dibawa ke UCLA Medical Center.



Peguam keluarga Jackson, Brian Oxman, dalam pada itu berkata: "Kecederaan Michael, yang dialaminya ketika membuat persembahan, yang mana kakinya pernah patah selepas jatuh di atas pentas dan tulangnya retak, menambahkan penderitaannya dari segi kesihatan.
"Saya sendiri tidak tahu sampai ke tahap mana ubat-ubatan yang diambilnya bagi mengatasi masalah kesihatannya itu."
Serangan jantung yang dikatakan menjadi punca kematian Michael merupakan tanda-tanda penyakit jantung yang telah menyerang kira-kira 300,000 rakyat AS setiap tahun.
Dr. Clyde Yancy dari Persatuan Jantung Amerika memberitahu: "Tanpa bantuan segera bagi menyedarkan kembali seseorang yang pengsan akibat serangan jantung, kadar survival adalah di antara lima hingga 15 peratus."
"Jika proses menyedarkan kembali individu tersebut mengambil masa lebih dari tiga hingga enam minit, individu akan mengalami gangguan pada penglihatannya."
Tambahnya: "Jika lebih daripada lima minit, kemungkinan mangsa untuk meneruskan hayat agak tipis, terutama bagi individu pada usia lanjut. Individu pada usia muda boleh bertoleransi terhadap serangan jantung dengan lebih baik."
Kenyataan itu mungkin merungkai sebab kematian Michael yang sebenarnya sedang sibuk membuat latihan bagi konsert kemunculan semulanya di London bermula 13 Julai ini dan akan berlanjutan sehingga Mac 2010.
Namun segala perancangan itu tidak kesampaian dan anak kelahiran Gary di Indiana, Illinois pada 29 Ogos 1958 itu meninggalkan semua yang menyanjunginya dan kini menjadi satu sejarah dan kenangan buat semua.
Apabila perokok ketegar, undang-undang jadi 'hiasan'
BANYAK 'peristiwa' yang akan berlaku hari ini. Dalam politik, sudah pasti isu kerajaan perpaduan yang khabarnya akan berlaku beberapa pertemuan yang diatur oleh Pas, parti yang mencetuskan idea tersebut. Difahamkan Pas akan menemui rakan-rakannya dalam pakatan pembangkang yang kini agak cemas dengan isu kerajaan perpaduan. Di Dewan Rakyat pula, isu Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) dijangka menjadi perhatian. Fokus tentulah kepada Menteri Pengangkutan, Ong Tee Keat dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang. Sejak minggu lepas, mereka sering berbalas kecaman dan tuduhan melalui media dan ruang siber. Hari ini mereka akan bertentang mata. Tee Keat dijangka membentangkan kenyataan menteri mengenai PKFZ setelah sebelum ini beliau dituduh 'melarikan diri' daripada Parlimen.
Sama-samalah kita nantikan apakah episod hari ini akan berakhir dengan baik atau akan timbul cerita baru yang lebih panas.
Ingin lari daripada politik, penulis hari ini ingin menulis berkaitan merokok. Isu lama tetapi perlu diperbaharui. Pada Isnin terakhir tahun lalu, hari pertama ruangan ini muncul 29 Disember 2008, penulis sudah menyentuh isu rokok ini di bawah tajuk Hijrah demi undang-undang dan nyawa manusia. Antara lain dalam tulisan pertama di ruangan Selak selepas berhijrah dari Politik Minggu Ini di Mingguan Malaysia, penulis ada menyebut mengenai peraturan mewajibkan pengeluar rokok mencetak amaran kesihatan bergambar (imej ngeri) pada kotak rokok mulai 1 Januari 2009. Bagaimanapun peraturan itu hanya diwajibkan mulai 1 Jun 2009 walaupun jiran kita seperti Singapura dan Thailand sudah melaksanakannya. Tidak apa kita terkebelakang asalkan peraturan itu menjadi kenyataan. Tetapi sejauh manakah peraturan itu akan menyedarkan perokok?
Mengikut peraturan, penjual yang menjual bungkusan rokok yang tidak memaparkan amaran kesihatan bergambar selepas 1 Jun boleh didenda tidak melebihi RM10,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali. Amaran itu juga tidak boleh dihalang daripada penglihatan oleh apa-apa benda, alat atau cara. Penjual yang melakukan kesalahan ini boleh didenda tidak melebihi RM10,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya. Tetapi hari ini, sudah ada usaha untuk 'memadamkan' imej ngeri itu. Kotak khas yang menarik dan berwarna warni dijual bagi melindungi imej ngeri pada kotak rokok itu. Sebelum ini pun, ada kotak khas yang memberi kemudahan kepada perokok memindahkan rokok mereka. Apakah selepas ini akan diadakan peraturan setiap kotak khas itu perlu bergambar imej ngeri? Atau sebarang penjualan kotak seumpama itu diharamkan? Mungkin sekali lagi satu peraturan akan diwujudkan. Dan akan bertambahlah koleksi peraturan atau undang-undang bagi 'memerangi' perokok.
Semalam, dalam usaha mendidik masyarakat supaya tidak merokok, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, M.Saravanan melancarkan program Pasar Raya Bebas Asap Rokok di Pasar Raya AEON, AU2, Setiawangsa, Kuala Lumpur. Tidak pasti sama ada Saravanan seorang perokok. Jika beliau merokok, selepas ini, diharapkan Ketua Penerangan MIC itu juga tidak akan merokok. Semoga pasar raya itu juga tidak menjual rokok supaya ia benar-benar bebas daripada rokok. Tidak rugi kalau pasar raya sebesar itu tidak menjual rokok.
Setakat ini, tidak kurang daripada 20 kawasan diwartakan sebagai zon larangan merokok termasuk lobi hotel dan ruang pejabat berhawa dingin. Turut terlibat pusat hiburan, hospital atau klinik, lif awam, kenderaan awam, tempat makan berhawa dingin, bangunan pejabat Island dan Peninsular Kuala Lumpur, bangunan Menara Esso Kuala Lumpur, lapangan terbang (kecuali kawasan yang dikhaskan), premis kerajaan, dewan dan institusi pendidikan tinggi.
Turut menjadi kawasan larangan merokok ialah tadika, taman asuhan kanak-kanak, hentian pengangkutan awam, sekolah, kaunter perkhidmatan bank dan institusi kewangan, Telekom Malaysia Berhad, Tenaga Nasional Bhd. dan Pos Malaysia Bhd., kompleks membeli-belah, kompleks sukan, stadium dan stesen minyak.
Zon larangan ini diperluaskan bagi memastikan perokok tegar tidak mengganggu dan menjejaskan kesihatan mereka yang tidak merokok.
Bagaimanapun, kerajaan bukan bertindak kejam dalam larangan merokok kerana di sesetengah tempat, perokok yang 'ketegar' dan ketagih mempunyai tempat khas macam tempat khas menukar lampin bayi.
Tetapi apa yang menyedihkan, tidak ada penguatkuasaan di zon larangan merokok. Pergilah ke tempat berkenaan, pasti ada yang tidak segan silu merokok. Contohnya di sebuah restoran berhawa dingin di Daya Bumi, perokok bebas merokok. Asap rokok berkepul-kepul dilepaskan. Naik rimas. Nyatalah undang-undang dan peraturan sekadar hiasan.
Bagi penulis, sukar untuk menyedarkan para perokok. Mereka tahu merokok membahayakan diri, keluarga dan masyarakat. Mereka tahu asap rokok mengganggu keselesaan orang lain sehingga rambut, baju orang yang berhampiran mereka berbau asap rokok. Perokok juga tahu bau busuk rokok yang keluar daripada mulut mengganggu keselesaan makmum di kiri kanan mereka ketika menunaikan solat berjemaah. Mereka tahu semuanya itu. Tetapi peduli apa? Dua minggu lalu, penulis sempat menunaikan solat Jumaat di sebuah kampung di kawasan Parlimen Permatang Pauh. Pada hari itu secara kebetulan, imam membaca khutbah mengenai rokok. Begitu lantang imam menghuraikan bahaya merokok. Tetapi selepas solat, sebaik sahaja selesai berdoa, penulis terpandang seorang jemaah berserban putih begitu kalut mengundurkan keretanya untuk keluar dari laman masjid sambil di mulutnya, sudah hampir separuh rokok disedutnya.
Ketika itu teringat kata-kata Tok Guru Nik Aziz Nik Mat dalam kuliah Jumaatnya di Kota Bharu pada 27 Mac lalu. Menurut Mursyidul Am Pas itu, umat Islam yang cuba menonjolkan keislaman mereka melalui jubah dan ketayap tetapi menghisap rokok adalah lebih hina daripada lembu. Katanya, amalan menghisap rokok dikeji kerana diharamkan agama dan doktor disebabkan ia memudaratkan kesihatan.
''Contohnya lembu yang berak di tengah jalan tidak boleh diambil tindakan undang-undang kerana tidak mempunyai otak dan fikiran. Tetapi manusia yang mempunyai otak sanggup melakukan perbuatan yang menyalahi agama dan kesihatan, apatah lagi dalam keadaan berpakaian melambangkan Islam (kopiah atau berjubah). Maka mereka yang melakukan perbuatan (merokok) itu dianggap lebih hina daripada lembu,'' katanya seperti dilaporkan Bernama.
Bila difikirkan peristiwa selepas khutbah Jumaat itu, penulis mengakui kebenaran kata-kata Nik Aziz.
Benarlah, lembu tidak faham apa yang manusia cakapkan
Penyakit yang di hidapi oleh Allahyarham mokhtar dahari :

The muscular dystrophies are a group of genetic and hereditary muscle diseases; characterized by progressive skeletal muscle weakness, defects in muscle proteins, and the death of muscle cells and tissue. In some forms of muscular dystrophy, cardiac and smooth muscles are affected. The muscular dystrophies are the most-known hereditary diseases. The most common form is Duchenne muscular dystrophy (DMD). This form is caused by mutations of the gene for the dystrophin protein. The dystrophin gene is the second largest gene in mammals. The dystrophin gene is located on the X chromosome, thus making DMD a 'sex-linked' disorder. Accordingly, muscular dystrophies are much more common in males, as females have two copies of the X chromosome while males have only one. There is no known cure for muscular dystrophy. Inactivity (such as bed-rest and even sitting for long periods) can worsen the disease. Physical therapy and orthopedic instruments (e. g. , wheelchairs, standing frames) may be helpful. There is no specific treatment for any of the forms of muscular dystrophy. Physical therapy to prevent contractures (a condition in which shortened muscles around joints cause abnormal and sometimes painful positioning of the joints), orthoses (orthopedic appliances used for support) and corrective orthopedic surgery may be needed to improve the quality of life in some cases. The cardiac problems that occur with Emery-Dreifuss muscular dystrophy and myotonic muscular dystrophy may require a pacemaker. The myotonia (delayed relaxation of a muscle after a strong contraction) occurring in myotonic muscular dystrophy may be treated with medications such as quinine, phenytoin or mexiletine.
Allahyarham Mokhtar Dahari lagenda bola sepak malaysia
'semalam de bace artikel berkenaan lagenda bola sepak ni n rse mcm bes jek klu di ltk dlm blog aku ni at least sok-sok lusa leh aku bce lg.so klu rajin bace ler

Nama: Mokhtar Dahari 

Tarikh Lahir: 13 November 1953

Posisi: Penyerang

Pasukan Diwakili: Selangor, PKNS, Talasco, Kwong Yik Bank         



PATAH tumbuh hilang berganti, tetapi perumpamaan itu tidak dapat disamakan dengan Mokhtar Dahari. Ketangkasan, kejujuran, dan kesungguhannya di arena bolasepak dengan sendiri menempatkan Allahyarham di puncak kejayaan yang sukar dicari ganti.


Tidak hairanlah negara diselubungi rasa pilu atas pemergiannya

secara tiba-tiba pada 11 Julai 1991. Selama 17 tahun dia bergelumang dengan bolasepak tanpa mengira keringat yang mengalir semata-mata mengharumkan nama negara di peringkat

antarabangsa.


Semasa hayatnya Stadium Merdeka bagaikan rumah kedua baginya, dan jolokan "Supermokh" sentiasa meniti di bibir semua peringkat usia termasuk anak-anak kecil yang dapat mengenali Mokhtar dan mahu meniru cara permainannya.


Siapa yang tidak kenal Mokhtar, terutama sentuhan ajaibnya yang sentiasa menggegarkan pintu gol lawan melalui rembatan kencang. Kelincahannya bagaikan lipas kudung masih terbayang di mata peminat yang pernah menyaksikannya baik di padang mahupun penonton televisyen di rumah.


Pintu gol dikawal ketat oleh R Arumugam, benteng pertahanan

dikukuhkan oleh Soh Chin Aun dan Santokh Singh, bahagian tengah dikemudikan oleh Reduan Abadullah dan Shukor Salleh membuatkan Mokhtar Dahari dan gandingnya Isa Bakar menyengat di barisan depan.


Jika pada 1978 lalu semuanya terpukau dengan jaringan emas mengikat keputusan seri 1-1 dengan England B, selama 17 tahun pula kita terhibur dengan aksinya.


Tetapi semuanya kini tinggal kenangan. Hanya nama Mokhtar tetap segar, kepada mereka yang melihat ketangkasan dia beraksi.


Secara tiba-tiba, tanpa diketahui punca sebenar, Mokhtar hilang

tenaga, tidak bermaya, terlantar hampir 3 tahun diserang penyakit ganjil dan Tuhan mengkehendakinya, Mokhtar meninggalkan kita.

Lebih dua tahun Allahyarham tabah menanggung kesakitan bersama keluarga, tetapi itu sudah suratan takdir.


Allahyarham tetap menanggung segala derita dengan penuh keikhlasan meniti sisa-sisa hidupnya lebih 10 bulan diatas kerusi roda.


Sebenarnya kegemilangan bolasepak tanah air sudah diwarnai oleh Raja Bolasepak Asia, Ghani Minhat, Arthur Koh, Rahim Omar, Jalil Che Din, Chan Tuck Choy tetapi tidak cukup sekadar itu negara cukup bertuah, muncul pula Mokhtar pada awal 70-an menyambung sinar selama lebih 10 tahun.Sehingga detik Mokhtar menghembuskan nafasnya, jelas tiada pemain yang dapat meneruskan kegemilangan bolasepak tanah air.


Rembatannya menggabungkan kepakaran Rahim Omar dan kecekapan membaca permainan seperti Ghani Minhat menjadikan dia pemain paling kental dan sentiasa digeruni di Benua Asia terutama musuh ketat negara, Korea Selatan.


Tubuh sasa yang menyarung jersi nombor 10 itu sering disebut dan digeruni oleh pemain bolasepak rantau Asia setiap kali Malaysia bertanding di dalam dan luar negara.


Sehingga detik-detik terakhir mewakili Selangor dan negara, dia

mengekalkan disiplin dalam dan luar padang serta gigih tanpa tunduk kepada penat lelah.


Kombinasi gumpalan otot yang membawa kederasan, kecergasan dan kekuatan terpancar di wajahnya yang sentiasa manis berbaur serius hingga menjadikan Mokhtar pemain istimewa yang tidak boleh dipisahkan daripada dunia bolasepak.


Sebagat insan kerdil, dia tidak terkecuali dikriktik hingga tidak

disenaraikan dalam skuad Olimpik negara yang menempah tempat ke Moscow pada 1980 tetapi sanggup melupakan segala pergeseran demi cintanya pada negara apabila kembali menyarung jersi kebangsaan.


Terlalu banyak untuk menghuraikan pahit maung Mokhtar jika dikutip sepanjang 167 kali dia menyarung jersi kebangsaan sejak 1972 hingga kali terakhir ketika menentang Korea Selatan pada pusingan kelayakan Piala Dunia di Seoul 1985.


Pada usia 23 tahun dia dipilih oleh majalah bolasepak antarabangsa World Star Soccer sebagai pemain utama tahun itu dan menerima Anugerah Olahragawan Kebangsaan 1976.


Mokhtar membawa Selangor menjulang Piala Malaysia sebanyak 10 kali dan pada usia 33 tahun dia mampu menjadi penjaring terbanyak dengan menyumbangkan 12 gol dan hampir 300 jaringan dalam Piala Malaysia serta antarabangsa.


Dilahirkan di Setapak pada 13 November 1953, Mokhtar pernah berjanji tidak mahu bermain dengan pasukan Selangor selepas tersingkir daripada suku akhir Piala Malaysia 1985.


Tetapi dia muncul semula musim berikutnya, untuk kali terakhir

meletakkan Selangor di mercu kejayaan dan Mokhtar sendiri mengakhiri sumbangannya bersama anugerah pemain terbaik perlawanan akhir.


Selepas itu, dia yang rela hati membenarkan semua pihak berkongsi kegemilangannya, memilih untuk menanggung penderitaan seorang diri. Tetapi negara tidak mahu membiarkan dia bergelut bersendirian. Tabung dan bantuan dihulurkan seberapa yang daya dengan harapan permata anugerah bolasepak tanah air itu terus bersinar.


Lebih 60 doktor dan pakar perubatan tradisional menawarkan diri untuk merawatinya termasuk Prof John Walton di Hospital Universiti Redcliff Oxford, pada Mei 1989.


Mokhtar tampak semakin layu di atas kerusi roda tetapi hati wajanya tetap membolehkan dia membaca majalah, menonton televisyen dan video bolasepak yang menjadi inti hidupnya sehingga dia menghembuskan nafasnya tepat 8.25 pagi 11 Julai 1991

uptown
Sejarah bazar larut malam bermula di Uptown Damansara. Kewujudannya sejak lewat 1990-an menjadi pencetus kepada fenomena bazar larut malam di negara ini dan ia semakin hari semakin diterima masyarakat.
Berkonsepkan perniagaan terbuka dan lewat malam, ia formula luar biasa yang berjaya menarik ribuan orang membeli-belah pada malam hari terutama menjelang musim perayaan.
Malah, kehadirannya bukan sahaja mengatasi populariti pasar malam biasa tetapi turut memberi saingan kepada Jalan Petaling, Jalan Masjid India, Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Chow Kit.
KL Downtown yang dibuka pada 21 April 2006 antara bazar larut malam yang cukup popular dalam kalangan warga kota.
Pelbagai aktiviti boleh dimanfaatkan apabila anda ke sini. Antaranya termasuklah program Street@KL Downtown yang mampu menarik minat golongan belia.
Di bazar itu juga, orang ramai boleh berhibur dengan persembahan penyanyi jalanan, pertunjukan ahli silap mata, melukis potret dan pelbagai pameran.
Bagi remaja yang masih menuntut, membeli-belah atau meluangkan masa di bazar larut malam boleh mengisimasa lapang setelah penat belajar.
Konsep perniagaan secara terbuka, tawaran harga berpatutan dan suasana yang meriah menyebabkan ramai peniaga mencuba nasib menghidupkannya di beberapa kawasan di Lembah Klang.
Antaranya di sekitar Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Shah Alam, Subang Jaya dan Klang serta beberapa buah negeri di seluruh negara
KHAS BUAT SAHABAT-SAHABATKU
Ni petikan yang aku amik dari kosmo online-pesona tarikh 17 April 2009.Disebabkan aku banyak berkawan dengan sahabat2 yang dah ade anak beberapa org.N aku selalu gak mendangar aduan dorang yang kebanyakkan mengadu pasal anak-anak dorang yang begitu & begini.Em..aku yg bujang ni dengar jela.pe lg yg aku leh buat selain dari dengar n tumpang "mengabsorb" ilmu baru yg ntah bile akan aku praktikan. Antara nye karenah anak-anak yg meningkat usia n karenah mengelat anak-anak sabahat aku ni-MELAWAN CAKAP so bile terbaca artikel ni aku rase mcm nk jek add dlm blog aku.kpd sahabat-sahabat yg membaca n dh ade anak-anak harap artikel ni dpt membantu,sb aku xdpt nk membantu bg pendapat n nasihat  selain dari mendengar,ketawa n "meng-oOoO-yeke?" kan kepada permasalahan anda semua.

Anak melawan    -->Oleh Elizabeth Pantley
Adakah wajar anda memukul dan meninggikan suara apabila anak menjawab teguran anda? Tip berikut pasti boleh membantu anda.

BERCAKAP secara baik dengan anak-anak tanpa autoriti adalah satu kaedah yang lebih berkesan dalam mendidik anak-anak. - Gambar hiasan

Bukan satu hal yang mudah untuk mendidik anak-anak sekiranya mereka melawan setiap arahan atau kata yang ibu bapa suarakan. Pasti ramai yang pening kepala memikirkan bagaimana untuk berdepan dengan situasi sebegitu dan mahu sikap kurang ajar ini berakhir secepat mungkin.
Apa pun, pendekatan terbaik adalah bersikap tegas dan bijak.
Luangkan sedikit masa untuk berfikir. Kita memerlukan dua orang untuk bertengkar. Anak-anak tidak mampu bergaduh dengan sendirinya dan jika berlaku keadaan ini dikira sebagai membebel seorang diri.
Untuk mengetahui lebih lanjut, teliti cadangan-cadangan di bawah ini.
* Katakan sekali sahaja
Praktikkan dengan menggunakan kes anda sebagai contoh dan kemudian usah mengungkit lagi. Biarkan sahaja komen kurang enak daripada anak anda. Jika perlu, tinggalkan situasi itu. Biarkan anak menyesuaikan diri dengan perkataan - Sudah!
* Berikan mereka peluang merungut sedikit
Asalkan segalanya dilakukan tanpa melampaui batas, anak anda boleh diberi peluang menyuarakan perasaannya. Pada kebiasaannya, dia mungkin akan berkata: 'Mengapa perlu saya buat begitu?' Tetapi, ingatlah bahawa persoalan itu tidak semestinya dijawab.
Lazimnya, bebelan si anak sebenarnya bermakna: 'Saya akan buat walaupun saya sebenarnya tidak suka melakukannya.'
* Tetapkan peraturan untuk berdebat
Sesetengah kanak-kanak sebenarnya suka berdebat tentang sesuatu isu. Jika anak anda sukakan idea ini, pastikan peraturan ditetapkan tentang bila dan bagaimana isu ini boleh didebatkan.
Misalnya, larangan meninggikan suara, tidak memanggil dengan nama yang bukan-bukan dan mendengar pandangan orang secara senyap. Syarat-syarat itu sebenarnya menjadi latihan terbaik untuk anak belajar bagaimana membuat pilihan dalam hidup pada kemudian hari.
Selain itu, anak anda juga perlu memahami kebenaran bahawa terdapat sesetengah perkara yang tidak boleh diperdebatkan. Ia menjadi hak mutlak atau sesuatu yang lebih baik untuk membiarkan ibu bapa membuat keputusan. Ibu bapa juga perlu memberikan satu jawapan standard andainya segelintir isu tersebut tidak boleh diperdebatkan. Contohnya, memberi jawapan seperti 'perkara ini tidak harus dibincangkan.'
* Berikan pilihan
Daripada sekadar memberi anak arahan, cuba tawarkan anak untuk membuat pilihan atau alternatif. Anak yang suka berdebat biasanya tidak akan mempunyai banyak peluang untuk berlatih kemahiran tersebut jika anda menawarkannya pilihan.
Misalnya, elakkan daripada berkata: 'Buat kerja rumah awak sekarang juga!' Sebaliknya, anda boleh memberikan alternatif kepada anak dengan berkata: 'Adakah awak mahu buat ulang kaji atau basuh pinggan mangkuk dahulu?' Jika jawapan yang diberikan adalah 'bukan kedua-duanya', mungkin anda boleh memberi senyuman manis dengan berkata: 'Jadi, tiada satu pun antara dua pilihan itu yang awak mahu?'
* Fikir balik
Mengata di belakang bukanlah satu tabiat yang terpuji. Anak yang melawan cakap ibu sekali-sekala besar kemungkinan akan terus melakukan perkara yang sama atau keadaannya boleh bertambah teruk. Jadi, jika ibu bapa memberi maklum balas secara tenang dan dengan autoriti, tabiat buruk itu akan berhenti dengan sendirinya.
* Jelaskan harapan anda
Luangkan masa untuk membincangkan perkara ini dengan anak. Beritahu anak tentang akibat yang bakal dihadapinya jika berlaku cakap-cakap di belakang. Antara akibat itu adalah anak hilang keistimewaan yang dinikmatinya sekarang seperti penggunaan telefon, menonton televisyen atau peluang melawat kawan.
* Jangan biarkan
Bila-bila sahaja anak melawan kata-kata anda, hentikanlah perbualan itu dengan serta-merta. Jika perlu, keluarlah dari bilik atau tinggalkan anak sebentar. Sekiranya anak mengekori anda, jadilah seorang yang tenang tetapi tegas dan beritahunya bahawa anda tidak dapat bertoleransi terhadap sikapnya yang tidak menghormati anda. Apabila berada dalam keadaan tenang, anda boleh memutuskan akibat atau hukuman yang setimpal untuk anak-anak yang melawan cakap anda.
* Didik
Jika anak anda yang biasanya menunjukkan rasa hormat tiba-tiba berubah sikap, renung matanya dengan bersungguh-sungguh dan berkata: 'Itu melawan cakap dan ini tidak sesekali dibenarkan!'
Teruskan perbualan itu jika dia tidak melawan kata dan pastikan anak memenuhi permintaan anda. Sebaliknya, elakkan daripada berdebat mengenainya.

KEMPEN TAK NAK

Well kt sini aku pun nk kongsi kempen terbaru kerajaan Malaysia (bukan kempen Bkt Gantang or the other bukit tau) ni kempen TAK NAK..kppd sesiapa yg tak alert pe kempen ni ni kempen tentang kesedaran dan mengurangkan dan jugak berhenti merokok n perokok.well kempen sekarang ni nampak meleluasa dan agas 'ganas'-dlm erti kata lain begitu meluas.
komen aku la.klu dh nama perokok sejati n tegar dorg tak kan berenti selagi doktor dah sahkan mereka dh tinggl 6-5 bulan untuk hidup,jadi macamne nk jadikan n realisasikan kempen ni.Bagi aku semua perubahan n peralihan bergantung pd individu tu sendiri.kempen-kempen ni mungkin akan membuat seorg perokok amatur(yg br nk berjinak2)berpikir 2-3 kali utk merokok.Antara kempen yang dilakukan oleh kerajaan dalam iklan bagi aku memang makan dalam, lain dari tu letak gmbo ngeri2 penyakit yg boleh dialamani n akan berlaku kpd perokok kt kotak rokok.Tapi klu dh nama perokok tegar..bile iklan tv di pekakkan telinga sje.bile tak lalu tgk kotak ngn gambo2 tu disalinnye kotak2 tu,gune kotak lain n yg xde gambo2 tu.Cuba la berkempen pada boyfren2 korg yg perokok tegar(yg tak merokok tu alhamdulillah selamat kesihatan korg).Pe komen dorg.Diorg lebih rela tak makan nasik 2-3 hari dari tak beli sekotak rokok.Walo mcmne sengkek pun dorg rokok tetap leh dibeli.klu disekat kewangan skali pun sanggup pinjam@sebat rokok member dari beli makanan..len kali klu dorg suh msk korg taruk je nasik ulam tembakau(koyak rokok n gaul dlm nasik) bg dorg mkn..mesti dorg suke(klu tak suke jgn mask)heheheh ni semua luahan aku pada Mr Sunny yg mmg perokok tegar dah tak larat aku nk majuk n kempen..mmg au penah koyak rokok die tabur2 n nk tau pe jadi..2-hari merajuk kat aku kata aku tak memahami die..ah lantak yg penting aku tak nak tabiat merokok die membahayakan aku kemudian hari..aku kene kuatkan kempen aku ni..pe lagi tektik n teknik yg leh digunakan untuk membuatkan perokok-perokok tegar ni berenti @ at least mengurangkan tabiat merokok (dr sekotak jadi sebatang sehari) emm ni antara yang akupenah n terfikir nak buat untuk kurangkkan tabiat merokok Mr Sunny
1)tiap kali die smoke aku acting lebih2 kunun2 aku ni de penyakit asma n semput yg teruk-skang die nk merokok die duk jauh2 dari aku..still tak kurangkan bilangn rokok
2)aku selalu calculate sekotak rokok RM5.90 klu seminggu dia gne min 4 kotak= Rm23.60,klu sebulan =Rm94.40 so aku ckp lbh kurang RM100 utk merokok.lbh baik die simpan duit tu leh isi minyak kete..tp haram tak dihiraukan
3)Nak pakai baju KEMPEN TAK NAK bile keluar ngn dia
4)emm pe lagi yek..tak terfikir dah..
Family Day ICT 2009
Tak terlambat nk upload rse nye.tarikh family day kami on 17 n 18 of January.Kali ni aku berkeluarga g family day,hahahaha..aku anggkut mak ayah adik ngn sepupu sepupu aku sekali g family day kali ni memandangakn dibuat kat teluk batik so senang le aku mengangkutnyer..tp event kali ni agak kurang menyengat le sb ape aku xtau lak..emm nt aku pikir-pikirkan la..


Hasni

aku n Hasni

2 sepupu aku

aku malam dinner

Selamat Hari Raya
Selamat Hari Raya 1429 hijrah


Juadah Ramadhan

Sebut jek juadah berbuka kecut liur jadinyer.walopun br jek mula pose dalam beberapa jam dh pikir nk berbuka ngn ape.menu apa yg nk dimasak @ dibeli.aku ni mmg dh tradisi berbuka kt umh n masak bersama-sama ngn kwn-kwn aku..(walopun kak eja yg masak)hehehe..tp mmg bes ble mkn ramai-ramai xde le rse sunyik n terasa diperantauan sgt.k la dipendekkan cerita aku nk kongsi resipi kueh-kueh yg aku suka mkn..kt cni aku letak dalam beberapa je la..nt to be continued k


Gusar dengan sikap mahupun identiti diri si dia yang diketemu beberapa hari lalu? Atau masih mencari kebenaran dalam perhubungan yang baru terjalin? Itu antara masalah yang melanda segelintir kaum wanita hari ini.
Tidak perlu bersusah payah untuk mengorek rahsia dirinya dengan memaksa si dia berterus-terang dengan setiap tindakannya. Cuba amati rahsia telapak tangannya secara diam-diam.
Menurut pakar palmistry (membaca garis tangan) dan penulis bukuRead His Hands, Know His Heart, Marion Gale, dengan hanya melihat telapak tangan lelaki, seseorang boleh mengetahui rahsia hati seorang lelaki.
"Jika ingin mengetahui karakter lelaki sebelum kamu menjalinkan hubungan serius, terokalah telapak tangan kanannya," ujar Gale.
Earth hand
Sekiranya si dia mempunyai telapak tangan dengan bahagian tengahnya berbentuk bujur dengan ukuran jari-jemari yang pendek, ini membawa erti si dia tergolong dalam kumpulan earth hand.
Lelaki ini kebiasaannya bersifat konservatif. Ia juga mempunyai pemikiran yang tinggi dan kestabilan dalam hidup.
Jika kamu berjaya menemui lelaki earth hand di tengah-tengah kota metropolitan, kemungkinan besar mereka memiliki rumah yang besar dengan halaman yang cukup luas untuk menyalurkan hobinya dalam aktiviti berkebun. Dia juga seorang lelaki yang gemar memasak dan bijak menyediakan sesuatu hidangan.
Water hand
Telapak tangan berbentuk segi panjang, dengan saiz jarinya berukuran panjang. Lelaki ini tergolong sebagai lelaki yang baik hati, sabar dan gemar menelaah bahan-bahan bacaan.
Bahkan, dia amat cenderung dengan panggilan ulat buku. Lelaki water hand juga mempunyai keperibadian yang tenang.
Kamu lebih banyak menemui mereka di acara-acara kebudayaan daripada bersosial di kelab-kelab malam atau bar.
Air hand
Lelaki air hand memiliki telapak tangan berbentuk bujur tetapi dengan jari-jari tangan yang panjang. Lelaki jenis ini mudah mempelajari hal-hal yang baru dan berwawasan dengan melakukan aktiviti mengembara ke kota atau negara lain.
Disebabkan dia mempunyai hobi yang ekstrem, lelaki ini sangat teratur dalam setiap perjalanan hidupnya.
Dia juga senang mendalami hobi baru. Hanya dengan sebuah perbualan yang bijak, lelaki ini mudah tertarik kepada kamu.
Fire hand
Lelaki dengan telapak tangan berbentuk segi panjang dengan jari-jari tangan pendek, kebiasaannya cepat berasa gelisah apabila duduk dalam suatu jangka masa yang lama.
Dia sangat menyukai perkara-perkara berbaur tentangan, sehingga tenaga lelakinya akan disalurkan.
Meskipun begitu, si fire hand ini sebenarnya berkeperibadian tingi dan seorang yang mudah bergaul. Tidak hairanlah, kerana dia mempunyai ramai teman yang begitu mengambil berat terhadapnya.
Sekiranya kamu tidak bersikap bossy terhadapnya, dia pasti akan 'menenggelamkan' dirinya dalam hubungan yang penuh keterujaan bersama kamu.
> Kosmo 10 Sept 08<

Salam
Perjalanan idup aku ni masih macam biasa.Tiada pe perubahan yang ketara.pn W selalu tanya story baru..xde apa yg boleh diceritakan melainkan tiada apa-apa perkembangan yang baru.masih slow n steady.Hidup sekarang ni agak menyesakkan dengan kenaikkan harga minyak dunia.Terasa sangat kenaikkan.Banyak perbelanjaan ditarik kesana sini memandangkan kenderaan primer aku hanya lah kereta kancil.Nak xnak kene la jugak isi minyak,andai lah petrol tu boleh diganti dengan air teh alangkan indah nya hidup,selain sedap dan menyihatkan boleh la jalan jauh-jauh.haha..tapi realiti nye bukan seindah yang diangankan..
Entah nape la kerajaan buat dasar mcmtu..dalam kerajaan tengah menyatukan bajet negara..nk bg lak imbuhan pada pemain yg berjaya bwk balik pingat emas kt olimpik dgn rm 1 juta.xsalah untuk bagi imbuhan sebagai menaikkan morality pemain bagi mengharumkan nama Negara tp berpada-pada la.Alangkah baiknya duit tu digunakan untuk menampung kenaikkan harga makanan yang makin meruncing..nape la kelamkabut jek nampak pemerintahan kali ni..seme dasar nak diubah bagi menampung kekalutan kenaikkan harga minyak,sana sini ubah..prosedur gaji pun akan diubah.banyak aset dibekukan,tp royalti minyak dibagi pada rakyat lak..nape la royalti tu tak digunakan untuk tampung2 subsidi minyak..xpaham aku..
konon-konon menteri pun nak membantu rakyat dengan elaun dipotong sebanyak 10% ape la sangat dengan potongan elaun 10% tu sedangkan gaji diorang pun dh berpuluh ribu.tak termasuk side income diorang yang lain,potongan tu setakat lekat celah gigi jek,MEMBANTU la sangat..presure…
Dengan pe yang dibuat ni aku xtau la untuk membantu atau membebankan lagi rakyat.Sampai aku rse penah terdengar saranan P.M kite menggalakkan penduduk menggantikan makanan ruji kite nasi dengan makanan karbohidrat yang lain seumpamanya ubi kayu dan sebagainya..terasa macam kite berbalik ke zaman jepun jek.walopun aku xpenah lalui nye n tokwan aku pun dh xde untuk menceritakan pengalaman tu..tp aku rse klu arwah masih ada tentu die akan mencebik.
Pasal gaji kakitangan awan ni pun satu,bukan nak cakap xcukup sb mmg adat dan resam gaji sebanyak manapun yang masuk yang keluar pun sme banyak dan sama laju jek..so no comment about that la.yang aku nak bangkitkan ni adalah dasar membahagikan gaji kepada 2 dan dibayar dua kali dalam 1 bulan..masak le sape2 yang de tanggungan nak bayar duit kereta @ rumah @ pinjaman..mcmne nak support sme tu..adoi la,mcm keje kilang jek gaji 2 kali sebulan..(mintak cara bayaran pun dibahagikan kepada 2 baru adil dan saksama).
Makin aku dok piker nak tulis ape makin panas jek hati.aku tertanya mcmne la sebuah KERAJAAN dilaksanakan andai masih menyebabkan rakyat n penduduk terpaksa merana n tersepit dalam kemiskinan n kesusahan.Apabila inflasi kite meningkat mcmne rakyat nak survive dalam dunia yang makin lama makin memerlukan perbelanjaan.Macamana la pulak dengan rakyat-rakyat dipedalaman yang memang berada dibawah paras kemiskinan tegar nak hidup dan menampung keluarga.Aku rasa dengan berlakunya macam ni makin ramai la anak-anak muda berhenti belajr dengan tujuan membantu keluarga yang susah,apabila anak muda ini tidak dibekalkan dengan ilmu yang mencukupi kerasionalan pemikiran tidak dapat dibentuk.maka berpeleseran la mereka mencari sesuap nasi untuk diri dan keluarga.Pada masa tu halal haram salah atau betul ditolak ketepi.Konklusi dari seme ni la aku rasa rosaklah anak-anak muda yang menjadi harapan dan pencorak bangsa pada masa hadapan.siapa la yang akan menjadi peminpin rakyat satu masa nanti.
Chop-chop aku rse dah makin berat perbincangan yang dibincangkan aku ni..dah la stakat ni je la yang aku dapat katakana..penin pala memikirkan penyelesaian untuk masalah kewangan aku sendiri..huhuhu


Gunakan Nama Penuh
Sekiranya dia menggunakan nama alamat emelnya dengan nama penuhnya, contohnya nurhanis_alias@yahoo.com .Ia menggambarkan bahawa dia seorang yang penuh tanggungjawab dan tidak suka berahsia. Dia juga boleh dipercayai dan jujur dalam setiap perbuatannya.Tapi ingat ,jangan cuba hendak memperlekehkannya.

Nama Depan Dan Tengah
Contoh: Amir Hanif Abdullah. Dia menggunakan alamat emelnya sebagai amirhanif@yahoo.com iaitu nama awal dan tengah tanpa nama bapanya. Ia menunjukkan bahawa dia seorang yang sangat menghargai dirinya sendiri dan sanggup ketepikan hal orang lain demi kepentingan sendiri. Selain itu dia juga berani untuk tampil di khalayak ramai dan mengeluarkan pendapat dengan lantang.

Nama Dan Tahun
Contoh: FaraH2003@yahoo.com .Dia dikatakan seorang yang mempunyai ego yang tinggi. Pantang sesiapa yang cuba menentang pendapatnya. Selain itu dia juga tidak sukakan komitmen dalam jangka masa terdekat ini. Kewujudan tahun di akhir nama seolah olah memperlihatkan dia tidak luas pandangan.Pendek kata dia juga menunjukkan .. pegangan yang mudah berubah-ubah.

Nama Samaran
Hehheh… ramai yg suka buat email begini..Contohnya funny_girlz@yahoo.com .Dikatakan seorang yang gemar hidup dalam khalayan hingga kadangkala menyusahkan orang lain. Namun dia disukai ramai kerana sifat humor yang dimilikinya membuatkan oarang selesa berada di sisinya.Jika diasah dia boleh menjadi pemimpin dengan gaya yang tersendiri.

Nombor Dan Abjad
Contoh: wbi1208@yahoo.com. Nama diwakili dengan nombor +abjad sahaja.Ia menggambarkan seorang yang bersikap tertutup dan memerlukan masa yang agak lama sebelum mampu “membuka” dirinya kepada seseorang .Itupun jika kepercayaannya mampu diraih. Jika tidak … kirim salam sahajalah..
Rahsia Perwatakan Lelaki Melalui Gaya Seluar

Seluar Jeans
Lelaki yg menggemari seluar jeans adalah seorang yg optimis & tenang, gaya tersendiri, amat mengasihi org yg disayangi, sanggup berkorban apa saja tapi sering tersilap mengambil keputusan.

Seluar Baggy
Lelaki yg meminati gaya seluar ini agak keperempuanan, mengikuti perkembangan semasa, lembab kerana ragu2 dlm mengambil keputusan, lemah lembut.

Seluar Warna Terang
Lelaki yg lebih suka memakai seluar yg berwarna terang dikatakan tegas, luas pandangan dan berfikiran matang bila selesaikan masalah.

Seluar Gantung / Hanger
Lelaki yg sering menggayakan fesyen seluar gantung adalah lelaki yg misteri, seleranya sukar diramal serta serba rahsia.

Seluar Ketat
Lelaki yg menyukai seluar ketat dikaitkan sebagai suka mencari perhatian, ego tinggi tapi baik.
Bertengkar yang selamat
Dalam percintaan, perbalahan boleh tercetus disebabkan pasangan terlalu mengikut perasaan, ego dan emosional sehingga ke tahap boleh melukakan hati kekasihnya.

PERTELINGKAHAN sentiasa wujud pada setiap masa dan di mana jua. Sama ada di alam percintaan mahupun perkahwinan, pasti pasangan akan berhadapan dengan pertengkaran. Walaupun ada di antara kamu malu untuk mengakuinya, namun itulah hakikatnya.
Wujudnya pertengkaran disebabkan pasangan terlalu mengikut kehendak perasaan, ego ataupun timbul rasa ketidakpuasan hati daripada pasangannya, baik perihal peribadi mahupun pekerjaan.

Ia tidak akan terhenti sekiranya kedua-dua pasangan masih tetap dengan pendirian masing-masing.

Sesetengah pasangan beranggapan, pergaduhan mungkin boleh diibaratkan sebagai seutas tali penguat kasih sayang. Ia membuatkan pasangan mengenali hati budi di samping dapat mempelajari erti sebuah kematangan.

Bukan bererti pertengkaran itu tidak baik, tetapi ia adalah lumrah dan resipi dalam kehidupan bagi pasangan yang sedang bercinta ataupun sudah berumah tangga. Seeloknya, setiap pasangan perlulah menepis setiap percaturan yang dibangkitkan itu demi membina keharmonian dalam sebuah perhubungan.

Intim minggu ini berkongsi tip bagaimana mewujudkan sebuah pertengkaran yang lebih selamat agar hubungan yang dibina selama ini diakhiri dengan ucapan, ‘aku maafkan dirimu’.

Elak bercakap panjangDalam menjalinkan perhubungan yang matang, kamu mesti menghormati pasangan dan diri sendiri sebagai orang dewasa. Bila kamu mula bertanya dengan panjang lebar kepada seseorang tentang kesalahannya, ini boleh mencetuskan perasaan kurang selesa di dalam dirinya. Fokus kamu mesti kepada bagaimana untuk mencari jalan penyelesaian dan juga supaya perkara itu tidak berulang lagi.

Tiada dendam dalam percintaan
Selalunya, bila hati seseorang itu benar-benar disakiti dan dihancuri, dia juga akan bertindakbalas untuk menyakiti hati pasangannya semula. Alasannya, biar pasangannya berasa bersalah dan turut berasa apa yang dia rasakan selama ini.
Jangan sesekali bersikap membalas dendam kerana ia membuktikan kamu benar-benar seorang yang kurang profesional dalam hal percintaan.

Jangan mencari kelemahan pasangan
Sekiranya tercetus pertengkaran tanpa dipinta, kamu dinasihati agar jangan sesekali mencari kelemahan yang ada pada diri pasangan. Tidak elok sekiranya kamu menjadikan pertengkaran itu berakhir dengan kemenangan yang berpihak kepada kamu. Cuba selesaikan masalah secara profesional dengan alasan dan bukti yang kukuh.

Jangan melibatkan hal lain
Jangan sesekali melibatkan hal atau topik lain mencampuri pertelingkahan kamu berdua. Ia bertujuan mengelakkan masalah ini berlanjutan. Bangkitkan suasana komunikasi yang aman dengan penggunaan nada suara yang rendah.

Jangan bertindak secara fizikal
“Kamu memang bodoh”, “tak guna”, “menyesal bercinta dengan kamu”, atau “perangai kamu tak ubah seperti ahli keluarga kamu”. Kata-kata ini tidak akan menyelesaikan masalah, sebaliknya mendatangkan risiko lebih besar.
Dalam bercinta, kamu dinasihati agar jangan sesekali mengeluarkan kata-kata kesat yang berunsur maki hamun, menyakitkan hati pasangan atau bertindak ganas.
Sebaliknya, guna perkataan yang lembut seperti, “tak sangka kamu sanggup buat macam ini” atau “hancurnya hati mengenangkan perbuatan kamu”.

Usah menjauhkan diriInsan mana yang tidak tersentuh apabila hatinya diguris dengan rasa tidak bersalah. Sekiranya kamu berhadapan dengan perbalahan sehingga menyebabkan kamu terpaksa membawa diri, jangan sesekali membuat keputusan terburu-buru untuk menjauhkan diri daripada pasangan. Tindakan ini tidak dapat menyelesaikan masalah kamu berdua.


"Inna a'kthoina'kalkautsar,fashallilirab bika wanhar,innasha nia'kahuwal abtar".

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkahdan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batupermata nan indah dan cantik.
Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripadasusu dan lebih wangi daripada kasturi.
Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad S.A.W.kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yangdikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.
Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-
1) Baca surah ini 10 kali ketika hujan lebat dan berdoa, mudah-mudahanAllah s.w.t. makbulkan doa kita.
2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosokdileher, Insya'allah hilang dahaga.
3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak,sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.
4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x,mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.
5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.
6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyukketika menunaikan solat.
7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x,Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalahtetapi dizalimi.
Perkara yg baik kita amalkan selalu.
Wassallam.

Rasanya ramai yang dah tahu chewing gum is a banned stuff In Singapore. Cakap pasal chewing gum dan Singapore nie.Ada satu cerita, PM Singapore pegi ke Thailand, dia makan malam dengan raja Siam. Mula-mula diorang makan udang, PM Singapore tanya kat raja siam lepas makan udang , apa orang Thailand buat dengan kulit udang? Raja Siam jawab: "kami tak buat apa.kami buang aje" PM Singapore: "ooo kat Singapore , kami recycle kulit udang Jadik keropok udang, lepas tu kami eksport ke Thailand?" Lepas tu diorang makan limau plak. PM Singapore Tanya lagi " Lepas makan limau, apa orang Thailand buat dengan kulit limau?" Raja Siam jawab "kami tak buat apa,kami buang aje" PM Singapore: "ooo kat Singapore, kami recycle kulit limau jadik Jus limau, lepas tu kami eksport ke Thailand" Last sekali, diorang makan chewing gum, seperti biasa PM Singapore pun Tanya "Apa orang Thailand buat dengan chewing gum yang dah dimakan?" Raja Siam jawab "Kami tak buat apa, kami! buang aje" PM Singapore: "ooo kat Singapore, lepas makan chewing gum, kami recycle jadik kondom, lepas tu kami eksport ke Thailand" Raja Siam plak Tanya: "apa orang Singapore buat dengan kondom selepas digunakan?" PM Singapore jawab:" kami tak buat apa, kami buang aje." Raja Siam: "ooo kat Thailand, lepas guna kondom, kami recycle jadik chewing gum, Lepas tu kami eksport ke Singapore" Erk! muka PM Singapore jadik merah padam" dan sebaik saja PM Singapore Balik ke negaranya, dia terus ban chewing gum di Singapore, sampai sekarang! Itulah kisahnya, kenapa chewing gum di-ban kat Singapore?



1. Tahukah anda apabila 350ml air yang
diambil dari sinki dan kemudiannya
dituangkan ke dalam cerek yang
mengandungi 150ml air suling dan
dibiarkan terdedah kepada nyalaan
api bersuhu 100 darjah celcius akan
menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.


2. Percayakah anda yang air sirap
merupakan salah satu bahan asas
dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini
kerana kajian telah dibuat, seorang
pembina helikopter memerlukan air
sirap untuk menghilangkan keletihan
semasa membuat helikopter, tanpa air
sirap mungkin helikopter tersebut
tidak dapat disiapkan.


3. Sebuah kereta yang dipandu selaju
220 km/j tidak akan dapat memotong
kereta yang dipandu selaju 40
km/j sekiranya kereta-kereta tersebut
dipandu dari arah yang bertentangan

4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy,
jurugambar dikenali sebagai paparazi. Perkataan itu
dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem
La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini
pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah
kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh
dikenali dengan nama papa Razzi.


5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta
700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama
digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu
cap bendera.

6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga
digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet
ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain
kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk
menarik kereta bukanlah magnet.

7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila
diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori
oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya
benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa
ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

8. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh
menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.

9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun
telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer
daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun
tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang
burung mempunyai alamatnya yang tersendiri
sebenarnya.

10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng
adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari
segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang
yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng
apabila dia berasa lapar.


11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus
tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi
mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah
kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya
selama tiga bulan.

12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung
tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta
dunia ialah Orang Utan.

13. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat
jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita
akan mengalami satu tindakbalas yang berupa
kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai
ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam
yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

14. Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca buletin ini
telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku.