3 Comments
KODOK KAWAN KETAM
P/S : Sebelum baca ... sila buat exercise untuk lidah dulu ....

Cerita yg bermula dengan huruf K :

Ketam ketip kuku kakinya. Kawan karib Ketam, Kodok, kata kepada Ketam,
"Kenapa kau ketip kuku kaki kau, Ketam ... kenapa?" Ketam kata, "Ku
ketip
kuku kakiku kerana kuku kakiku kelurut ... kakakku kata, kalau kukuku
kelurut, kita kena ketiplah!" Kodok kentut kekeliruan. Kodok kata
kekalutan, "Kadang-kadang kalau kukuku kelurut, ku ketip kenapa keluar
kudis?" Ketam ketawa, "Kah.. kah.. kah.. kah.. kih.. kih.. kih.. kih..
kuh.. kuh.. kuh.. kuh!! Kodok.. Kodok.. kenapa kadar kebodohan kau
ketara
keterlaluan?" Kodok kata kepada Ketam, "Ketam. Kenapa kau ketawakan ku?"
Ketam kilas, "Kelakar." "Kelakar ke kurang-ajar?" kata Kodok. Kerana
kemarahan Kodok keterlaluan, Kodok keperok kepala ketam kuat kadar
kilat.
"kelekuk !", kepala Ketam kehancuran kerana kena keperok Kodok. Ketam
kata,
"Kodok.. Kodok.. kenapa kau keper! ok kepalaku? Kan kesakitan." Kesian
Ketam. Kerana kurang-ajar, kepala kena keperok.


You may also like

3 comments:

  1. masa muda2 dulu...selalu praktis 'kakakku kata kuku kakiku kukerat kuku kakiku' hehehe

    ReplyDelete
  2. sye lak xde yg melayu nye sye dok praktis `she sell sea shell on the sea shore`je hehehehe

    ReplyDelete
  3. fuiyo....execuse me madam!

    ReplyDelete