uptown

0 Comments
uptown
Sejarah bazar larut malam bermula di Uptown Damansara. Kewujudannya sejak lewat 1990-an menjadi pencetus kepada fenomena bazar larut malam di negara ini dan ia semakin hari semakin diterima masyarakat.
Berkonsepkan perniagaan terbuka dan lewat malam, ia formula luar biasa yang berjaya menarik ribuan orang membeli-belah pada malam hari terutama menjelang musim perayaan.
Malah, kehadirannya bukan sahaja mengatasi populariti pasar malam biasa tetapi turut memberi saingan kepada Jalan Petaling, Jalan Masjid India, Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Chow Kit.
KL Downtown yang dibuka pada 21 April 2006 antara bazar larut malam yang cukup popular dalam kalangan warga kota.
Pelbagai aktiviti boleh dimanfaatkan apabila anda ke sini. Antaranya termasuklah program Street@KL Downtown yang mampu menarik minat golongan belia.
Di bazar itu juga, orang ramai boleh berhibur dengan persembahan penyanyi jalanan, pertunjukan ahli silap mata, melukis potret dan pelbagai pameran.
Bagi remaja yang masih menuntut, membeli-belah atau meluangkan masa di bazar larut malam boleh mengisimasa lapang setelah penat belajar.
Konsep perniagaan secara terbuka, tawaran harga berpatutan dan suasana yang meriah menyebabkan ramai peniaga mencuba nasib menghidupkannya di beberapa kawasan di Lembah Klang.
Antaranya di sekitar Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Shah Alam, Subang Jaya dan Klang serta beberapa buah negeri di seluruh negara


You may also like

No comments: